Pemandangan TRX pada waktu malam.

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng didakwa gagal membawa sebarang pelaburan di Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang 22 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, tiada pelaburan yang masuk di TRX walaupun bekas Menteri Kewangan banyak kali merasmikan bangunan-bangunan dan ibu pejabat korporat baharu yang telah siap dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Dalam hantaran di Facebooknya, Najib menyenaraikan pelaburan ke dalam TRX sebelum Pilihan Raya Ke-14.

Antaranya, Lend Lease (Australia), HSBC (United Kingdom/HK), CCCG (China), Veolia (Itali), Prudential Group (United Kingdom), Exchange 106 (Indonesia. Kerajaan Malaysia milik 50%), Affin Bank (Malaysia), Tabung Haji (Malaysia), WCT (Malaysia) dan IJM Group (Malaysia).

Secara ironinya, kata beliau, pelabur mana yang hendak melabur dalam sebuah negara yang kononnya sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion walaupun projek TRX ini diiktirafkan pakar sebagai antara projek paling signifikan sejak 10 tahun yang lalu kerana ia merupakan langkah penting untuk mewujudkan pusat kewangan pertama Malaysia.

”Saya harap visi pusat kewangan antarabangsa di negara kita ini akan menjadi realiti pada masa hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast