Fernando Alonso akan kembali sebagai pelumba F1 bersama Renault pada musim 2021 selepas 2 tahun mengasingkan diri dna menjalani kehidupan normal.

LONDON – Selepas dua tahun mengasingkan diri daripada dunia permotoran Formula Satu (F1) Juara dunia berganda, Fernando Alonso bakal melakukan penampilan semula.

Alonso mengesahkan dia akan kembali semula ke pangkuan F1 bersama pasukan Renault pada musim 2021.

Pelumba warga Sepanyol berusia 39 tahun itu meninggalkan F1 pada penghujung 2018 dan menjauhkan diri daripada potensi kembali ke sukan tersebut selama ini.

Bagaimanapun pengesahan terbaharunya kembali menceriakan kem F1 khususnya Renault yang bakal memiliki pelumba handal itu.

Renault adalah pasukan pertama Alonso bergelar juara dunia berganda pada 2005 dan 2006.

“Saya sangat teruja untuk kembali ke dunia F1 dan juga pasukan yang telah memberi kenangan terbaik sebelum ini.

Alonso percaya peraturan baharu dalam F1 yang akan diperkenalkan pada 2021 ditangguhkan ke 2022 akibat Covid-19 sekaligus memberi Renault peluang untuk kembali berkompetitif.

Manakala Pengarah Urusan Renault Cyril Abiteboul berkata, kepulangan Alonso satu aset yang sangat bernilai dalam dunia permotoran F1 dan juga jenama dunia yang akan mengangkat semula pasukan Renault sebagai pencabar utama F1.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast