Chelsea sedang mendapatkan nama-nama besar untuk memperkuatkan pasukan pada musim depan.

LONDON – Chelsea terus aktif dalam jendela perpindahan apabila dilaporkan sedang berusaha memuktamadkan perpindahan tiga lagi pemain dalam masa terdekat

Chelsea sebelum ini sudah mengesahkan perpindahan masuk nama besar seperti Hakim Ziyech dan Timo Werner.

Namun Frank Lampard masih bersemangat untuk memperkuatkan lagi pasukannya.

Bek veteran PSG, Thiago Silva sudah menyatakan bahawa beliau mahu menyertai Chelsea selepas menerima banyak tawaran daripada kelab lain.

Silva akan menyertai Chelsea secara percuma dan akan berbincang dengan Chelsea sebaik sahaja tamat kempen Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Lampard turut berhasrat membawa masuk Kai Havertz kerana pemain itu yang boleh mencipta dan menjaringkan gol.

Pemain muda antarabangsa Jerman itu menjadi bakat paling dikehendaki di Eropah namun Bayern Leverkusen meletakkan harga €100 juta ataupun £87 juta untuk pemain tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast