Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz beramah mesra dengan UMNOSiswa semsa mengadakan walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di PDM Felda Trolak Utara, Tanjung Malim, Perak . foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2020

SLIM RIVER – Seramai 80 ahli Kelab Mahasiswa UMNO (UMNOSiswa) hadir berkempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi meraih sokongan pengundi dalam memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

Koordinator UMNOSiswa, Muhammad Zafir Mohd. Saman, 25, berkata, aktiviti golongan itu melibatkan lawatan ke 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) setiap hari bagi menyantuni golongan siswa di samping membantu jentera di situ dalam gerak kerja serta susun atur kempen sehingga hari mengundi pada 29 Ogos ini.

“Menerusi PRK inilah, kami akan membuktikan golongan mahasiswa kini bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas mahasiswa mulai sedar kesilapan memilih kerajaan lalu.

“Kami juga akan mewujudkan ‘speaker conner’ dan Team Ultras bagi memberi sokongan yang kuat kepada calon BN supaya terus bersemangat berkempen untuk mengekalkan kemenangan di PRK ini,” katana ketika ditemui media di sini baru-baru ini.

UMNOSiswa ketika ini disertai mahasiswa daripada 18 universiti awam (UA).

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz beramah mesra dengan UMNOSiswa semsa mengadakan walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di PDM Felda Trolak Utara, Tanjung Malim, Perak . foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2020

Muhammad Zafir yang juga Pengerusi UMNOSiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, kelab itu akan bertindak menyebarkan maklumat terkini melalui saluran media termasuk media sosial.

Jelas beliau, perkembangan yang berlaku sehingga hari mengundi juga perlu dikongsi dengan seluruh mahasiswa di seluruh negara supaya mereka diberikan maklumat yang sahih serta tepat.

“Kehadiran kami juga bakal menyedarkan parti lawan bahawa mahasiswa kini bersama pihak kerajaan dan tidak boleh diperkotak-katikkan lagi dengan maklumat palsu.

“Sepanjang kami berada di sini, kami akan bekerja membantu jentera dan memastikan calon BN menang dengan majoriti yang besar,” katanya. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast