Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang sebelum ini positif Covid-19 telah disahkan pulih dan dikeluarkan dari hospital.

“Alhamdulillah, cleared and discharged from hospital,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Shahril Sufian dalam masa sama mengucapkan tahniah kepada pasukan barisan hadapan terutama Hospital Sultanah Bahiyah yang merawatnya,

Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan yang sama di seluruh negara.

Beliau juga menyatakan rasa teruja kembali bersama keluarga terutama anaknya berusia dua tahun.

Shahril Sufian sebelum ini disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada kempen Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Shahril Sufian positif Covid-19

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast