Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memastikan 23 kawasan yang masih lagi dalam proses pemulihan di Petaling, Hulu Langat dan Kuala Langat mendapat bekalan air.

Menurutnya, sehingga jam 6 pagi ini, sejumlah 251 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan keseluruhan pada tahap 92%.

Peratusan pemulihan setakat jam 6 pagi ialah Petaling (85%), Hulu Langat (88%) dan Kuala Langat (86%).

Manakala Sepang dan Putrajaya 100%.

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu berlaku ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pada 4 Oktober lalu akibat pencemaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast