Gambar hiasan

NEW YORK – Penanda aras minyak global Brent naik pada hari Rabu, meningkat lebih dari dua bulan melepasi AS$45 setong ekoran harapan penemuan vaksin Covid-19 yang dapat menyumbang kepada permintaan bahan bakar itu.

Brent ditutup lebih tinggi sebanyak AS$0.19 atau 0.4% kepada AS$43.80 setong, setelah dagangan mencapai AS$ 45.30 setong buat kali pertama selepas berada pada ambang AS$ 45 sejak awal September lalu.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) menokok AS$0.09 kepada AS$ 41.45, setelah merekod paras tertinggi pada AS$ 43.06.

Kedua-dua harga Brent dan WTI meningkat sekitar 11% minggu ini setelah data percubaan awal menunjukkan vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Pfizer Inc dan BioNTech Jerman mencapai tahap 90% keberkesanan.

Namun, pasaran masih bimbang dengan peningkatan kes di pasaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast