KUALA LUMPUR – Jurucakap Istana Perak menegur Harakah yang menyiarkan berita dengan meletakkan gambar Sultan Perak sama taraf dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Nasihat saya kepada Ketua Pengarang Harakah Daily, belajarlah lebih beradab dalam menjunjung adat negeri beraja- rakyat bersultan bila meletakkan gambar.
“Jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang ADUN dengan darjat seorang Raja Pemerintah,” kata Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam Facebooknya hari ini.
Beliau mengulas satu berita keluaran portal Harakahdaily.Net bertajuk ‘Akui kekhilafan, Pas mohon ampun dari Sultan Nazrin.‘
Dalam berita itu gambar Sultan Nazrin diletakkan sama dengan gambar Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.
Bagaimanapun selepas ditegur Mohd Annuar, pihak Harakah bertindak pantas membuang gambar Razman dalam artikel berkenaan.
Pihaknya juga menyiarkan ralat berbunyi; Penyiaran gambar sebelum ini di berita di atas dengan meletakkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak bersama YB ADUN Perak sama sekali tidak bertujuan atau berniat menyamakan taraf kedudukan darjat Raja Pemerintah dan rakyat.
Teguran berkaitan protokol ini telah diambil maklum oleh pihak kami dan dengan suci hati merafak sembah memohon ampun kepada Duli Tuanku Sultan atas kekhilafan tersebut, kata ralat dalam portal HarakahDaily.- MalaysiaGazette

















PAS ni dah mula tunjuk biadap.
Ini baru tumpang kuasa orang.
Lepas satu satu perangai buruk keluar. Kalau orang cina india tahu beradab dengan sultan raja, jadi alasan khilaf memang tak boleh diterima.
Mana hudud yang selama ini diperjuangkan sampai banyak orang islam telah dikafirkan???
Aku tobat dah tak akan pangkah PAS lagi selamanya.
Penipu taraf Munafiq
Tak kan tak boleh letak gambar bersebelahan sultan.. Jangan meagong²kan maknusia.. Maknusia ni sama tarafnta… Hina ke seorang raja jika bergambar dengan rakyat bawahan.. Jatuh ke martabat seorang raja jika gambarnya bersebelahan wakil rakyat.. Jangan lebih sudu dari kuah..
PASial ni mmg x sedar diri…hudud kemana apa pon kemana.. Yg sokong pon bodoh kena kencing dgn lebai
ALLAH tidak lihat kepada PANGKAT KUASA KETURUNAN KEKAYAAN seseorang itu…YANG DIHISAB ialah AMALAN kita Dan KETAKWAAN kita nanti…Falsafah ibadah Haji Dah jelas.. semuanya sama berkumpul di ARAFAH dgn PAKAIAN IHRAM….DAN mati pun dikapan dgn kain putih bukan emas perak DAN kembali ke tanah….jadi ular menyusur akar tidak Hilang bisanya…Raja AdIL akan disembah Raja Zalim Akan disanggah
Silap letakkk gambar je… Bukan songlap duit rakyat cam Bang Ajib ngan Midi…. .atau menipu manifesto cam PHaruupun…. Dah Minta maaf pulak tuuuu