Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan apabila seramai 33 orang daripada enam keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 pagi ini, berbanding 122 orang daripada 39 keluarga, semalam.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, kesemua mangsa termasuk seorang wanita warga emas dan seorang bayi lelaki ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Pasir Mas.

“Kesemua mangsa berada di PPS berikutan kediaman mereka yang terletak di kawasan rendah masih digenangi air disebabkan banjir termenung,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, mengikut laporan infobanjir.water.gov.my setakat 8 pagi ini, dua sungai di Kelantan merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan bacaan 8.20 meter (m) (amaran 8 m) namun dengan trend menurun.

Dalam pada itu, paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat, merekodkan bacaan 2.48 m (amaran 2.15 m). – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast