KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong hari ini tidak membabitkan sebarang rampasan kuasa oleh tentera serta tiada juga arahan perintah berkurung.
Katanya, Jemaah Menteri juga akan berperanan seperti biasa, manakala pentadbiran awam juga tidak akan terganggu dengan pelaksanaan perintah darurat yang akan berkuatkuasa sehingga Ogos depan.
Berita lanjut menyusul – MalaysiaGazette















