Park Ji-Sung

KOREA SELATAN – Bekas pemain PSV Eindhoven, Manchester United dan QPR, Park Ji-sung diumumkan secara rasmi sebagai penasihat baharu kelab gergasi Jeonbuk Hyundai.

Kelab tersebut memberitahu, bekas kapten Korea Selatan itu akan berkerja dengan mereka secara sambilan kerana Ji-sung juga mempunyai tugasan lain di Britain.

Ji-sung akan memberikan nasihat serta pandangan dalam perkara berkaitan dengan perangkaan atau perancangan pembangunan pemain, mencari bakat serta latihan.

Kelab juga mahu Park Ji-sung turut terlibat dan memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal dalam perkara berkaitan dengan perpindahan dan pengambilan pemain kelab itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast