China tidak lagi mengiktiraf pasport British National Overseas (BNO) sebagai dokumen perjalanan dan identiti yang sah.-Pix AP

BEIJING – China tidak lagi mengiktiraf pasport British National Overseas (BNO) sebagai dokumen perjalanan dan identiti yang sah.

Selepas ini, China berhak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran berkaitan perkara itu.

Perkara tersebut diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media di Beijing, Jumaat.

Kerajaan Britain sebelum ini mengumumkan, pasport BNO dan dasar visa berkaitan yang disusun semula akan dikuatkuasakan bermula 31 Januari.

Zhao berkata tindakan tersebut dianggap pencabulan terhadap kedaulatan dan mencampuri urusan dalaman Hong Kong dan China serta membelakangi undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa.

Zhao menambah, Britain enggan menerima hakikat bahawa Hong Kong telah dikembalikan kepada China sejak 24 tahun dahulu.

Tindakan menjadikan ramai penduduk Hong Kong sebagai “warganegara kelas kedua” Britain sebenarnya telah mencetuskan masalah antara China dengan Britain.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast