Jumlah individu yang ditahan kerana merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran meningkat kepada 38 orang semalam berbanding 32 orang kelmarin.- Gambar hiasan.

SEPANG – Empat suspek warga Pakistan yang telah ditahan polis kerana disyaki memalsukan slip keputusan ujian saringan Covid-19 untuk penumpang warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dituduh di Mahkamah Sepang hari ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, keempat-empat suspek itu didakwa di mahkamah Majistret pagi tadi di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Katanya, kes berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas kertas siasatan dilengkapkan pada minggu lalu.

“Namun, salah seorang suspek warga Pakistan yang merupakan dalang kegiatan itu masih lagi dalam siasatan polis sebelum dituduh kelak,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas meninjau Sekatan Jalan Raya di Jalan SIC -Salak Tinggi petang ini.

Ditanya sama ada terdapat saki baki sindiket dalam kes berkenaan yang mungkin bebas, katanya, polis sedang menyiasat perkara itu.

Pada Rabu lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA berjaya menumpas Geng Habib dengan tertangkapnya lima warga Pakistan dalam serbuan berasingan di KLIA dan Klang, Selangor serta Johor pada 20 hingga 25 Januari lalu

Sindiket yang didalangi seorang suspek lelaki warga Pakistan berusia 27 tahun itu menjual setiap slip keputusan ujian saringan Covid-19 palsu dengan bayaran RM300 untuk penumpang di KLIA.

Siasatan polis juga mendedahkan sindiket berkenaan telah aktif sejak Ogos tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast