Ahmad Ruzman Ahmad Razali

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) berkuatkuasa pada 4 Januari lalu dalam memantapkan kepimpinan organisasi tersebut.

Ahmad Ruzman berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam bidang Pengurusan Operasi dari Universiti Northern Illinois, Amerika Syarikat.

Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam Kumpulan TH.

Beliau pada awalnya memulakan kerjaya di THTS pada tahun 1988 sebagai Pengurus Penerbangan sehingga menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan (Operasi).

Pada tahun 2004, beliau telah dipinjamkan ke TH dan seterusnya diserap sebagai kakitangan tetap sehingga menyandang jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar (Operasi Domestik) TH sehingga akhir tahun 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast