PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pengasas produk kecantikan semalam bagi membantu siasatan selepas satu klip video yang memaparkan perlakuan lelaki berkenaan mencium bibir kanak-kanak lelaki, menjadi tular.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa suspek ditahan di rumahnya di sekitar bandar raya, dan kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Beliau berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 bagi menyiasat kes itu.

Semalam video yang mempaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkatnya menjadi tular di media sosial.

Lelaki itu dikatakan memuat naik beberapa video yang memaparkan perlakuan sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya, yang kini sudah dinyahaktifkan.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast