Dr Anthony Fauci. foto Agensi

WASHINGTON – Penduduk Amerika Syarikat (AS) masih perlu memakai pelitup muka sehingga tahun depan untuk melindungi diri daripada koronavirus, kata Pakar Jangkitan Wabak Pertubuhan Kesihatan Negara (WHO), Dr Anthony Fauci.

Menurutnya, walaupun AS mungkin mencapai kehidupan normaliti pada akhir tahun ini, penduduk AS masih perlu memakai pelitup muka sehingga tahun depan.

Fauci menekankan pentingnya langkah-langkah mitigasi untuk memerangi koronavirus yang menyebabkan Covid-19 dan variannya yang muncul.

Negara ini meningkatkan program vaksinasi yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di tengah- tengah ribut musim sejuk yang sedang melanda di banyak negeri di AS.

Fauci berharap pelajar sekolah menengah dapat kembali ke bilik darjah masing-masing berbanding dengan anak-anak yang lebih muda.

Vaksinasi untuk kanak-kanak, bagaimanapun, “kemungkinan tidak akan dilakukan sebelum awal suku pertama 2022,” kata Fauci. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast