Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Selangor masih lagi mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 harian tertinggi dengan 726 kes baharu dilaporkan di negeri itu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan, ia diikuti Sarawak sebanyak 252 kes dan Johor sebanyak 120 kes.

Kes positif baharu keseluruhan pula pula merekodkan bilangan berjumlah 1,529 kes.

Berdasarkan rekod mengikut negeri yang dikongsikan Noor Hisham menunjukkan Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan bilangan sebanyak (71 kes), Negeri sembilan (89 kes), Pulau Pinang (76 kes), Perak (49 kes), Kelantan (28 kes), Perlis (17 kes) Terengganu, (13 kes), Kedah (9 kes), Melaka (4 kes), Pahang (3 kes) dam Putarajaya (1 kes).

Bagaimanapun, tiada sebarang kes positif baharu dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast