Home Dunia Jumlah mangsa bangunan runtuh cecah 17 orang

Jumlah mangsa bangunan runtuh cecah 17 orang

Pasukan penyelamat sedang menjalankan kerja-kerja mencari mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kejadian apartmen runtuh di Mumbai. foto Agensi

MUMBAI – Pasukan penyelamat sedang mengejar masa untuk mencari mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah bangunan yang runtuh semalam.

Sehingga kini jumlah kematian mencecah 17 orang.

“Seramai 17 orang telah mati dan 28 orang telah diselamatkan,” kata Tanaji Kamble, jurucakap pengurusan bencana Mumbai.

Beberapa mayat ditemui pada waktu malam.

Para penyelamat terpaksa menggunakan penggali untuk mencari mangsa-mangsa yang berada di bawah runtuhan bangunan apartmen itu.

Kejadian bangunan runtuh biasa berlaku di India terutama semasa musim tengkujuh dari bulan Jun hingga September.

Bandar ini telah mengalami beberapa kes kejadian tanah runtuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kualiti binaan bahan yang rendah atau bangunan uzur.

Ketua Menteri Maharashtra telah mengarahkan penyiasatan terhadap insiden terbaru setelah laporan mendakwa ada kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan ketika bangunan tersebut runtuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast