MCA
PRN Johor membawa cabaran bagi MCA untuk memastikan kemenangan kerusi yang ditandingi kelak.

SEREMBAN – MCA Negeri Sembilan mengambil tindakan tidak bertolak ansur dan tidak memberi laluan, tetapi akan terus bertanding di kerusi Parlimen Seremban yang turut diintai UMNO.

MCA menyatakan pendirian itu selepas UMNO Seremban secara rasminya akan meminta UMNO pusat untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut dalam pilihan raya akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Sembilan, Siow Koi Voon ketika dihubungi China Press berkata, walaupun tidak bertolak ansur, partinya juga tidak akan berkonflik dengan UMNO.

“Bukan sahaja di Seremban, tetapi di tempat lain di mana MCA menghadapi kekalahan, pihak lain akan meminta kerusi kami,” katanya.

Menurutnya, MCA bagaimanapun tidak akan mengadakan perang mulut atau “berdrama” dengan UMNO di media dalam isu kerusi Parlimen Seremban.

“Kami bagaimanapun akan memperjuangkan kerusi ini secara realistik melalui perundingan dalam Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga Ketua MCA Seremban.

Koi Voon berkata, walaupun Seremban mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi kaum itu juga berpecah anatara UMNO, Bersatu, Pejuang, Amanah dan PKR.

“Keadaan politik terus berubah dan prestasi MCA Negeri Sembilan mendapat sambutan positif sejak dua tahun kebelakangan,” katanya yang yakin dengan pertambahan sokongan pengundi Cina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast