Abdul Aziz Jusoh

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat khusus untuk Palestin di tiga masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Solat hajat itu akan diadakan serentak selepas solat Maghrib esok, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Beliau berkata, solat hajat itu sebagai menyahut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru umat Islam di negara ini menunaikan solat hajat bagi mendoakan umat Islam di Palestin.

“Jakim akan turut memanjangkan cadangan ini bagi memohon kerjasama pihak Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia untuk sama-sama menyahut saranan mengadakan solat hajat dan mendoakan Palestin menerusi masjid dan surau di seluruh negara dengan pemathan SOP sedia ada,” katanya kepada media hari ini.

Abdul Aziz turut menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk menzahirkan solidariti terhadap Palestin dan menyokong usaha yang dilakukan oleh semua dalam membantu Palestin.

Beliau berharap usaha itu sedikit sebanyak dapat meringankan kesengsaraan dan sebagai tanda sokongan moral bagi Palestin. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast