Marouane Fellaini. Foto Sky Sports

LONDONJose Mourinho menegaskan, Marouane Fellaini tidak akan meninggalkan Manchester United untuk berhijrah ke Galatasaray.

Mourinho menjelaskan, pemain tengah itu adalah nadi dalam pasukannya.

Fellani menjaringkan gol pertama buat Manchester United menerusi kemenangan 3-0 ke atas Valerenga, semalam.

Spekulasi perpindahan timbul selepas Pengarah Pasukan Galatasaray, Cenk Urgin meluahkan hasrat mereka untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

Bagaimanapun, Mourinho menegaskan bahwa Fellaini kekal dalam kelab di bawah pimpinannya.

“Galatasaray lebih mudah mendapatkan saya berbanding Marouane

“Jadi lupakanlah. Dia amat penting buat saya.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast