Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berucap pada pelancaran Kempen Suku-Suku Separuh 2017 di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 7 JULAI 2017.
KUALA LUMPUR – Penyakit anjing gila atau rabies yang menular di Sarawak kini berada dalam keadaan terkawal dan tiada laporan kes baharu.
Bagaimanapun, kerajaan belum boleh mengisytiharkan kawasan berkenaan bebas rabies, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam hari ini.
“Laporan terakhir Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak mengesahkan pemeriksaan yang dilakukan ke atas anjing di Kuching, Sarawak menunjukkan negatif rabies.
“Tiada bukti terdapat anjing yang mempunyai penyakit rabies.
“Sekiranya keadaan ini kekal dan bukti menunjukkan tiada prnyakit rabies kita boleh anggap kawasan berkenaan terkawal.
“Bagaimanapun kita belum boleh mengisytiharkannya sebagai kawasan bebas sepenuhnya sehingga tiada sebarang kes rabies direkodkan selama dua tahun berturut turut,” katanya  pada sidang media di sini.
Terdahulu beliau melancarkan Kempen Pinggan Makanan Sihat ‘Suku Suku Separuh di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa di sini petang tadi.
Pada 22 Jun lalu Kementerian Kesihatan menerima laporan mengenai jangkitan kluster penyakit dinotifikasi dari Hospital Umum Kuching Sarawak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast