Gambar hiasan.

IVERMECTIN adalah ubat parasit untuk membunuh cacing parasit dan berkesan untuk serangan kulat serta pelbagai protozoa.

Kandungannya sama seperti ubat lain, yang mengandungi rangkaian steroid terdiri dari rangkaian ikatan karbon dalam bulatan dinamakan benzene ring dan disambung kepada bahan kimia halogen seperti klorin, iodin dan florine.

Kalau diperhatikan ubatan semua diasaskan seperti ini. Rangkaian karbon steroid ini sebagai pembawa yang boleh tembus daging anda, manakala bahan halogen aktif ini yang membunuh kuman atau benda hidup asing yang serang anda seperti bakteria, parasit dan mikroorganisme lain, malah ubat gigi pun ada florine dan ubat basmi kuman juga ada klorin dan iodin.

Virus bukan benda hidup dan bagaimana ia bunuh manusia? Kalau diteliti, virus bukan benda hidup. Ia hanya serpihan protein dari tubuh haiwan atau manusia yang ada animoli atau kejanggalan kod-kod protein.

Ia boleh keluar apabila kamu batuk atau bersin dan serpihan protein ini akan masuk ke tubuh orang lain. Bila masuk, ia akan menempel di nukleus atau otak sel di tisu atau organ menyebabkan sel itu hilang upaya dan tidak bekerja seperti biasa.

Ia jadi tidak aktif dan lama kelamaan mati. Inilah kerja virus. Sama seperti corona. Ia menyerang paru-paru sehingga menjadikan sel paru-paru tidak boleh mengambil oksigen dan lama kelamaan akan menjadi sesak nafas. Badan penuh karbon dioksida dan organ akan mati akibat keracunan.

Kahak pula akibat tindak balas imun kuat dinamakan cytokine storm yang cuba hendak kenal pasti banyak virus ini dan pada masa sama keluarkan rembesan pekat, selain akibat kematian sel paru-paru.

Kebanyakan kahak akibat tindak balas imun kita dan kerana itu saya selalu nasihat ambil antihistamine untuk kurangkan kahak dan ambroxyl hydrichloride untuk pecahkan lapisan keras kahak.

Tindak balas virus ini juga serupa dengan virus komputer yang rosakkan sistem komputer. Ia pula dapat dihasilkan jika anda dapat cipta kod yang digabungkan dengan program komputer asal.

Macam website hendak cemar dengan virus senang saja. Crack buka rangkaian kod yang bentuk website seperti C+ dan kamu hanya tambah kod lain di tengahnya. Apabila sudah ditambah, maka hasil kandungan website itu boleh diubah dengan mudah dan anda boleh masukkan macam-macam kandungan. Ini dipanggil pengodaman.

Apa yang boleh hapuskan virus? Seperti yang saya jelaskan, bahan aktif dalam Ivermectin hanya boleh membunuh benda hidup, bukan protein seperti virus. Anda boleh tanya kenapa pakai sanitizer dan peluntur seperti klorox boleh membunuh? Ia hanya jika hendak menghapuskan virus di luar badan. Kalau anda telan benda ini untuk bunuh dalam badan anda, ia akan membunuh diri anda sekali.

Macam mana sanitizer atau peluntur membunuh virus luar badan? Ceritanya mudah sahaja, virus ini dilindungi lapisan cengkerang luar dinamakan kapsid. Benda ini hanya tisu keras dan tidak ada kena mengena dengan protein virus itu.

Tujuannya untuk membantu virus tempel di sel kita dalam badan dengan kakinya yang ada protein penyambung dan untuk melindungi protein ini dari unsur luar bagi mengelakkan ia tergumpal dan rosak apabila kena panas dan terdedah kepada alam sekitar.

Contohnya, telur ayam. Ia ada protein di dalamnya. Apabila kamu pecahkan telur dan panaskan, kamu boleh melihat tergumpal putih telur itu dan menjadi keras. Virus pun seperti itu juga.

Apabila kamu guna peluntur dan pembersih organik seperti alkohol dan lain-lain garam organik, ia akan larutkan atau musnahkan kapsid. Selepas kapsid musnah, protein virus itu dinamakan DNA atau RNA.

RNA ialah Ribonucleic Acid manakala DNA ialah Deoxyribonucleic Acid dan nucleic acid itulah protein. protein yang amat kuat antara banyak jenis protein dalam dunia.

Beza R dan D itu hanya dalam berapa regangan. Single strain RNA dan double strain DNA. Biasanya virus dalam RNA kerana hanya RNA adalah kod tidak lengkap yang akan mencari pelengkap dan merosakkan DNA sel yang diserangnya.

Bagaimana cara menghapuskan virus dalam badan? Ada dua cara, pertama, melalui antibodi yang dikeluarkan imun kita iaitu sel darah putih melalui pecahan selnya yang dinamakan B sel.

T sel pula kerjanya menyampaikan maklumat mengenai virus atau bendasing kepada B sel untuk hasilan antibodi. Kerana itu, saya ada nasihatkan anda ambil vitamin B6 dan E.

Vitamin B6 penting untuk pembinaan sel T dari sel darah putih kita yang penting bagi merembeskan antibodi cepat. Vitamin E memiliki antioxidant yang tinggi untuk kesihatan paru-paru dan hati. Juga vitamin ini biasanya berada dalam kandungan agak tinggi dalam sel imun kita, maka ia penting dalam pembinaan sel-sel imun kita dengan pantas.

Kedua, mengunakan protein pelengkap untuk tempel di kaki kapsid atau lapisan luar virus ini. protein ini akan menjadikannya virus tidak aktif sehingga dihapuskan oleh penukaran darah di sum-sum tulang atau dihapuskan oleh antibodi sesuai yang akan dikeluarkan nanti.

Bila kita sudah menjadikan virus ini tidak aktif, ia tidak bahayakan kita dan imun kita boleh pelahan-lahan menghasilkan antibodi dan menghapuskan virus kelak tanpa bahayakan nyawa atau rosakkan sel kita akibat tindak balas virus ini.

Oleh itu, macam mana Ivermectin boleh hapuskan virus? Sebab itu dari awal saya katakan benda ini mengarut. Tidak ada seorang doktor yang waras atau pakar virology pun akan mengesyorkan benda ini, malah pengilang pun angkat tangan dan kata mereka tidak tahu apa-apa pasal benda mengarut ini. Hendak bunuh cacing dan parasit dalam badan bolehlah.

Ia juga boleh kurangkan beban imun dan membantu imun tumpu hasilkan antibodi untuk virus ini. Untuk itu boleh ambil ubat Zentel di farmasi. Saya ambil setiap dua tahun sejak dahulu lagi.

Ivermectin turut menjadi perbahasan netizen

Ivermectin, jika anda masuk hutan dan kawasan paya bolehlah. Ia ubat parasit kuat yang sesuai dengan kerja anda. Jika kerja di pembetung najis pun sesuai, selain itu saya tidak dapat lihat apa tujuan mengambil ubat ini.

Anda juga akan alami cirit birit sebagai kesan sampingan kerana ia membunuh bakteria baik dalam usus anda seperti probiotic yang akan mengganggu pencernaan. Akibatnya dehydration yang tidak diperlukan masa anda sesak nafas dan makanan serta zat yang diperlukan tidak boleh diserap dengan baik.

Perlukah masa sakit anda hadap cirit birit dan dehydration? Ingat ya, masa kena serang virus dan darah pekat akibat kurang air boleh memburukkan keadaan nanti. Pandai-pandailah, jangan salahkan Kementerian Kesihatan pula nanti.

Saya harap, penjelasan ini cukup lengkap untuk anda faham dan tolonglah ambil vaksin. Itu saja. Harap bermanafaat untuk rakyat biasa. – MalaysiaGazette

Rayyan Radzwill Abdullah

Rayyan Radzwill Abdullah adalah Pakar Kejuruteraan Genetik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast