Punca penularan kes-kes dari kluster ini adalah disebabkan oleh aktiviti semasa melaksanakan umrah yang tidak mematuhi SOP.

RIYADH – Arab Saudi akan mula menerima permohonan haji dan umrah dari luar negara untuk jemaah yang sudah divaksin mulai 9 Ogos, lapor agensi berita negara SPA hari ini.

Keputusan itu selepas lebih setahun kerajaan negara itu tidak menerima jemaah dari luar negara kerana wabak Covid-19, seluruh dunia

Dengan kapasiti yang akan meningkat kepada 2 juta jemaah dari 60,000 jemaah setiap bulan, Makkah dan Madinah akan mula menyambut pengunjung dengan mengambil langkah-langkah pencegahan daripada pandemik tersebut.

Seorang pegawai di Kementerian Haji dan Umrah mengatakan bahawa jemaah haji dari dalam dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi Covid-19 yang disahkan bersama dengan permohonan mereka.

Menurut laporan itu, jemaah dari negara-negara yang termasuk dalam daftar larangan masuk Arab Saudi harus dikuarantin sebaik sahaja tiba.

Sebelum ini, Arab Saudi Umrah hanya membenarkan jemaah domestik melakukan Umrah Oktober lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast