KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mahu Khairy Jamaluddin (KJ) segera memulihkan hubungannya dengan Sultan Johor.
‘Perselisihan faham’ antara Menteri Belia dan Sukan itu dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perlu diselesaikan sebelum PRU-14.
“Kita mahu KJ supaya mengambil pendekatan mendekati dan memperbaiki keadaaan.
“Apa yang berlaku sekarang mendukacitakan. Sultan tetap sultan dan kita rakyat biasa ambil hati demi kebaikan.
“Cepat-cepatlah mengadap Sultan Johor dan selesaikan permasalahan yang cukup membimbangkan ini,” ujar Jamal petang semalam.
Baru-baru ini, Sultan Johor mencabar pasukan polo Sukan SEA Malaysia yang diketuai KJ supaya bertanding dengan pasukan polo Johor.
Sebelum itu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dikatakan beberapa kali ‘menyindir’ KJ.- MalaysiaGazette
















