Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 21 lagi kluster baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengahari tadi.

Menerusi penemuan terbaharu itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan di negara ini sebanyak 5,228, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu katanya, sembilan kluster membabitkan tempat kerja, enam lagi kluster komuniti, tiga membabitkan sektor pendidikan, dua berkaitan kumpulan berisiko tinggi dan satu lagi pusat tahanan.

“Ingin dimaklumkan bahawa terdapat 1,406 lagi kluster yang masih aktif dan boleh membawa jangkitan,” katanya menerusi kenyataan hari in.

Bagaimanapun Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 3,822 kluster telahpun ditamatkan setakat ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast