covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 105 kes kematian terbaharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

Menerusi data yang disediakan dilaman sesawang CovidNow, daripada jumlah itu, 26 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kematian kini mencecah angka 26,981.

Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 27 kes, diikuti Sabah (14), Kelantan (12), Selangor (10), Pulau Pinang (7), Perak (6), Kelantan (4), Kuala Lumpur (3), masing-masing dua kes Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu serta Pahang (1).

Tiada kes kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 9,380 kes aktif Covid-19 direkodkan, termasuk 402 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 445 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 13,045 kes sembuh turut dilaporkan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast