Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Penduduk Pahang diingatkan agar tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun negeri itu memasuki fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sekiranya rakyat tidak mengamalkan penjagaan SOP kadar jangkitan Covid-19 mungkin meningkat semula.

“Jaga jarak, pakai penutup muka dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, supaya kita dapat mengurangkan risiko jangkitan sesama kita.

“Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini diharap dapat memberikan manfaat, khususnya kepada sektor ekonomi di Pahang.

“Namun begitu, janganlah kita alpa dengan keadaan ini, kerana Covid-19 masih lagi menjadi ancaman yang nyata untuk kita semua,” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Justeru beliau berharap penduduk Pahang akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan agenda pemulihan negara menjadi kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast