Foto: Facebook

BATUMI, Georgia – Sekurang-kurangnya lima mayat ditemukan di bawah runtuhan bangunan kediaman di Georgia pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

“Anggota bomba turut menyelamatkan dua warga tempatan dan dihantar ke hospital,” menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

“Kami juga dimaklumkan dua atau tiga kanak-kanak dipercayai terperangkap di bawah runtuhan tetapi perkara itu belum dapat disahkan,” menurut kementerian.

Bangunan kediaman tujuh tingkat yang terletak di bandar Batumi, Laut Hitam itu runtuh pada Jumaat.

Misi mencari dan menyelamat masih dijalankan, kata Menteri Dalam Negeri Georgia, Vakhtang Gomelauri.

Zaur Budatov berkata pemilik rumah di tingkat satu bersama dua pekerja ditahan kerana melakukan pengubahsuaian secara haram. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast