S Kisona

KUALA LUMPUR – Malaysia memulakan langkah sumbang apabila  tewas 1-4 kepada tuan rumah dalam aksi pembukaan badminton Piala Uber di Aarhus, Denmark awal pagi tadi.

Ketika pasukan negara sedang ketinggalan 0-2, Eoon Qi Xuan melakar kemenangan sensasi ke atas pemain No. 23 dunia, Line Christophersen.

Qi Xuan, 21,  yang menghuni ranking ke-123 dunia langsung tidak gentar apabila menang 18-21, 21-18, 21-15 namun mata pertama itu gagal memberi sebarang makna.

Sementara itu, Teo Mei Xing-Yap Ling mengesahkan kekalahan Malaysia dalam aksi sulung Kumpulan D apabila tunduk 13-21, 19-21 kepada Amalie Magelund-Freja Ravn.

K. Letshanaa juga gagal menyumbangkan mata selepas kalah 18-21, 14-21 di tangan
Line Hojmark Kjaersfeldt.

Aksi pertama menyaksikan S. Kisona yang turut sebagai perseorangan pertama kalah mudah 11-21, 7-21 kepada pemain No. 12 dunia, Mia Blichfeldt.

Beregu negara itu tumpas 19-21, 21-10, 13-21 kepada Maiken Fruergaard-Sara Thygesen.

Laluan Malaysia untuk mencari slot suku akhir kini semakin sukar kerana bakal menentang juara 14 kali, China dalam aksi kedua esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast