reopen national border international tourists travellers The Chairman of National Recovery Council (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin at a news conference after chairing the MPN meeting at the Ministry of Finance, Putrajaya. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 11 NOVEMBER 2021.
The Chairman of National Recovery Council (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin at a news conference after chairing the MPN meeting at the Ministry of Finance, Putrajaya. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 11 NOVEMBER 2021. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 11 NOVEMBER 2021.

PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) membuat keputusan agar sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewat pada 1 Januari depan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi
mempercepatkan pemulihan khususnya dalam sektor pelancongan.

“Keputusan itu mengambil kira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik dan antara terbaik di dunia.

“Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai situasi sektor pelancong negara yang menyaksikan pemulihan yang agak perlahan disebabkan ketiada pelancongan antarabangsa yang memasuki negara ini.

“Selain operator sektor ini juga memerlukan masa dan sumber untuk memulakan perniagaan mereka.

“Apatah lagi pelancongan antara sektor yang terkesan teruk sebanyak RM90 bilion sepanjang pandemik Covid-19 yang merupakan kehilangan hasil negara,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat MPN siri kelima di Kementerian Kewangan di hari ini.

Muhyiddin menambah, MPN juga menyarankan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik untuk mengenalpasti negara-negara yang mempunyai tahap pencapaian program vaksinasi yang tinggi.

Ini kerana jelas beliau, negara luar seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Switzerland telah pun membuka sempadan mereka kepada negara memiliki tahap vaksinasi tinggi.

“MPN meminta Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengumumkan dengan segera negara lain yang juga sudah dikenalpasti bagi tujuan kerjasama laluan khas atau koridor perjalanan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast