Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri Melaka didakwa hanya retorik dan tidak boleh dipercayai.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, ini kerana PH ada trek rekod ‘janji 100 hari’ yang gagal.

Satu pun manifestonya tidak dipenuhi ketika 22 bulan memerintah kerajaan, katanya.

Menurut beliau, tidak perlu mengulas panjang mengenai manifesto PH, cukup sekadar mengambil satu contoh janji untuk menggubal Enakmen Anti Lompat Parti bagi menjamin kestabilan negeri Melaka.

”Masa berkuasa penuh 22 bulan pun PH tidak buat apa apa pasal lompat parti, inikan pula bila mentadbir Kerajaan Negeri Melaka,” tempelak Mohd Puad.

Beliau mengulas cadangan penggubalan enakmen Anti Lompat Parti bagi menjamin kestabilan negeri Melaka antara inisiatif yang digariskan dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka oleh PH baru-baru ini.

Manifesto dinamakan ‘Pelan Tindakan – Maju Bersama Harapan’ itu diumumkan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang menjadi calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan.

Tambah beliau, hipokritnya PH ialah apabila menerima calon katak daripada UMNO bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Dakwa Mohd Puad lagi, DAP pula hangat hangat-hangat tahi ayam apabila mula-mula membantah tapi sekarang kuat berkempen bantu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan.

”PH menggariskan 32 inisiatif dengan tiga teras termasuk Melaka stabil. Stabil apa? PH yang jadi dalang tumbangkan Kerajaan Barisan Nasional kerana menjanjikan jawatan ketua menteri kepada Idris. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast