Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 53 lagi kes kematian baru akibat Covid-19 dilaporkan setakat jam 11.59 malam tadi.

Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kematian terus bertambah kepada 29,729.

Daripada jumlah terkumpul itu, sebanyak 23,712 kes meninggal di hospital manakala bakinya 6,017 di luar hospital.

Sarawak melaporkan kematian tertinggi iaitu sebanyak 12 kes diikuti Terengganu (9) dan Sabah (8).

Johor dan Selangor masing-masing 5 kes, Kelantan (4), Kedah (3), Pahang (3), Negeri Sembilan (2) , Perak (1) dan Perlis (1).

Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka dan Pulau Pinang tidak merekodkan kes kematian.

Setakat ini, Sarawak merekodkan kes kematian tertinggi bagi setiap sejuta orang sejak dua minggu lalu, diikuti Terengganu dan Kelantan.

Menurut laman web COVIDNOW, sebnayak 55.8% kematian adalah dalam kalangan pesakit yang lengkap vaksinasi, tiada vaksinasi (38.9%) dan belum lengkap vaksinasi (5.3%).

Kumpulan pesakit yang berusia 60 tahu ke atas merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 76.4% dan 18 hingga 59 tahun 23%.

Manakala 12 hingga 17 tahun dan 0 hingga 11 tahun masing-masing 0.2 peratus.

Menurutnya, purata 62 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding 54 kematian dalam tujuh hari lalu.

Setakat ini sebanyak 914 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan pada bulan November ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast