Gambar hiasan.

 

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara bertambah lagi dengan 31 kematian semalam.

Peningkatan itu menjadi jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 menjadi 30,862.

Daripada jumlah itu, tujuh kes kematian dilaporkan di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes, diikuti Sabah (tujuh); Perak dan Sarawak masing-masing empat kes.

Kuala Lumpur (dua) dan Pulau Pinang, Pahang, Kedah dan Terengganu pula masing-masing satu kes.

Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Perlis dan Labuan sifar kes.

Sehingga semalam, sebanyak 60,778 kes aktif dilaporkan dengan 396 kes yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 211 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini mencecah angka 2,688,149 termasuk 6,117 kes import.

Sebanyak 60,778 kes masih aktif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast