Tangkap layar yang dikongsi oleh seorang pengguna laman Twitter memaparkan seorang individu memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen yang dianggap keterlaluan oleh warganet.

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia hari ini menjelaskan isu sekeping gambar beserta kapsyen tular oleh seorang individu yang didakwa menghina banduan mencuci kereta.

Menjelaskan perkara itu, jabatan berkenaan berkata, perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka kepada orang awam yang hendak menggunakan perkhidmatan ini dengan kadar harga bayaran berpatutan dan perkhidmatan berkualiti.

Katanya, penghuni penjara yang terlibat telah dilatih dan diberi kemahiran dalam program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).

Setiap penghuni menerima upah atau gaji hasil daripada pekerjaan yang dilakukan, tambahnya.

Menurut Jabatan Penjara Malaysia, program BKLP melibatkan banduan yang telah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu sehingga layak diberi pelepasan untuk menjalani BKLP dengan pemantauan anggota penjara.

Oleh itu, masyarakat dan komuniti setempat yang berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dialu-alukan untuk berhubung dengan penjara berdekatan.

”Dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan ini menandakan sokongan masyarakat dan komuniti setempat terhadap program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada penghuni apabila dibebaskan. – MalaysiaGazette

Anggota badan beruniform didakwa hina banduan?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast