Home Nasional PM ucap tahniah kepada murid-murid UPSR

PM ucap tahniah kepada murid-murid UPSR

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mengambil keputusan hari ini.

“Untuk semua anak-anak yang ambil keputusan #UPSR hari ini, tahniah!

“Tak kira apa keputusan anda, jangan lupa ucap terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang banyak membantu, ” kata Najib menerusi Twitter beliau.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin yang mengumumkan keputusan UPSR pagi tadi berkata, prestasi calon yang keputusan semua A dalam mata pelajaran pada tahun ini meningkat kepada 8,958 calon berbanding 4,896 calon sahaja pada tahun 2016.

Pencapaian calon UPSR tahun ini memberi fokus kepada tahap penguasaan minimum iaitu calon pencapaian sekurang-kurangnya gred D dalam semua mata pelajaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast