Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Produktiviti buruh negara catat pertumbuhan 4.2 peratus bagi suku ketiga tahun ini, lebih tinggi daripada sasaran purata pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7 peratus yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah berkenaan adalah berdasarkan pertumbuhan mampan Keluaran Dalam Negara Kasar pada kadar 6.2 peratus dan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2 peratus bagi tempoh sama.

Katanya, peningkatan produktiviti buruh berkenaan disumbangkan oleh empat sektor utama iaitu pertanian dengan kenaikan pada kadar 5.2 peratus, pembuatan (5.1 peratus), pembinaan (4.8 peratus) dan 3.7 peratus dalam sektor perkhidmatan.

“Pencapaian produktiviti buruh setakat ini memberangsangkan dan ia selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai ekonomi yang didorong oleh produktiviti,” katanya semasa melancarkan Laporan Produktiviti Buruh Suku Tahunan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Produktiviti Negara (MPN) di Bangunan Parlimen, hari ini.

Katanya, MPN juga percaya pencapaian berkenaan dapat dikekalkan untuk menghasilkan kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan serta bersifat inklusif yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast