KUALA TERENGGANU – Sebanyak 5,000 pek nasi dagang dan 5,000 pek keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen Terengganu akan dihantar ke London mulai esok melalui penerbangan tanpa henti MASkargo.

Pengurus Besar T-Kitchen Terengganu, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata penghantaran pertama itu bakal melakar sejarah sebagai makanan tradisi Terengganu pertama yang diedar dan dipasarkan oleh Chicken Cottage di beberapa pasaraya sejuk beku makanan Asia di sekitar London.

“Chicken Cottage yang juga syarikat milik kerajaan negeri juga akan memperkenalkan menu baharu berasaskan nasi dagang dan keropok lekor di rangkaian kedai makanan segera mereka di London.

“Penyediaan yang amat mudah dan ringkas menjadi faktor tarikan kepada penggemar makanan segera di London untuk menikmati dua menu tradisional Terengganu ini.

“Hanya masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit dan ianya sedia untuk dimakan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast