Van ambulans sentiasa bersedia semasa kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa pada hari kelima runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang berlaku ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kahramanmaras, Turkiye. Foto FAREEZ FADZIL, 10 FEBRUARI 2023.

ISTANBU – Sepasang suami isteri warga Turkiye dari wilayah selatan Adıyaman diselamatkan selepas terperangkap di bawah runtuhan lebih 129 jam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik badan penyiar negara itu, TRT.

TRT menunjukkan rakaman pasangan suami isteri itu dibawa masuk ke dalam ambulans.

Lelaki itu dilihat melambai ke arah kamera.

Bagaimanapun, tiga anak perempuan mereka dipercayai meninggal dunia dalam bencana gempa bumi kuat yang melanda Turkiye pada Isnin.  – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast