
KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Sepang dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara esok bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang, 14 Disember 2017.
Gangguan itu bagi kerja-kerja kerja-kerja penyambungan jajaran paip dalam pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Jenderam Hilir, Sepang.
Kumpulan Pengurusan Air Selangor meminta orang ramai menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh tersebut.
Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat. – MalaysiaGazette















