Romelu Lukaku memilih tidak meraikan jaringan gol ke atas West Bromwich Albion pada perlawanan malam tadi.

MANCHESTER – Tindakan Romelu Lukaku yang memilih tidak meraikan jaringan golnya ke atas West Bromwich Albion semalam kini mencetuskan persoalan.

Lukaku menanduk masuk gol pertama United selepas menyempurnakan hantaran Marcus Rashford dengan Jesse Lingard menggandakan jaringan menerusi kemenangan 2-1 itu.

Pertengahan minggu lalu, pemain antarabangsa Belgium itu juga tidak meraikan gol tunggal jaringannya ketika menang 1-0 ke atas Bournemouth selepas menjadi kecaman penonton kerana ‘menghadiahkan’ dua ketika tewas 1-2 kepada Manchester City, minggu lalu.

Reaksi Lukaku itu telah dikritik oleh legenda United, Gary Neville.

Pengurus United, Jose Mourinho bagaimanapun tampil mempertahankan tindakan Lukaku dan percaya pemainnya bertindak demikian sebagai tanda hormat kepada bekas kelabnya.

Mourinho turut menjelaskan mengapa dia juga tidak meraikan jaringan Lukaku itu.

“Saya juga tidak meraikannya. Selama 15 tahun lalu, saya melihat diri saya meraikan gol. Dengan kematangan diri, anda akan pergi ke satu tahap iaitu berjaya mengawal emosi dengan lebih baik.

“Lukaku pernah bermain diWest Brom dan mungkin tindakan sebagai tanda hormat kepada bekas kelabnya itu,” kata Mourinho. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast