Taro Kano

ERICHO (TEBING BARAT) – Menteri Luar Jepun, Taro Kono, pada Selasa berkata negara itu akan menyediakan kira-kira US$40 juta sebagai bantuan baharu kepada rakyat Palestin, lapor agensi berita Jiji Press.

Bantuan kewangan itu akan dimanfaat untuk mempromosi inisiatif Koridor Keamanan dan Kemakmuran Jepun yang bertujuan membangunkan ekonomi Palestin.

Kono mengumumkan bantuan itu ketika beliau melawat kompleks memproses produk ladang di bandar Jericho di Tebing Barat yang memainkan peranan penting dalam inisiatif Jepun tersebut.

Pada satu majlis yang diadakan bagi meraikan kawasan baharu di sebuah taman perindustrian, Kono berkata Jepun akan berusaha sedaya-upaya untuk mencapai keamanan di Timur Tengah meskipun terdapat banyak halangan yang perlu diatasi.

Beliau berkata Jepun secara khusus akan menyediakan bantuan untuk membangunkan sumber manusia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, memulakan perniagaan baharu serta melicinkan sistem pengagihan produk di kawasan taman perindustrian itu.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast