MOSCOW – Rusia memberi amaran kepada Washington supaya jangan masuk campur dalam hal ehwal dalaman Iran, kata Timbalan Menteri Luarnya, Sergei Ryabkov.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden Donald Trump berjanji membantu rakyat Iran ‘mengambil semula’ kerajaan susulan bantahan di republik tersebut.

“Kami memberi amaran kepada AS supaya jangan masuk campur dalam urusan dalaman Iran.

“Walaupun banyak cubaan untuk mengelirukan apa yang berlaku di Iran, saya yakin jiran kami, rakan kami itu, akan dapat mengatasi kesukaran berkenaan,” katanya.

Beliau juga mengkritik desakan dibuat Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley supaya mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan untuk membincangkan perkara itu.

Iran, semalam menuduh AS masuk campur urusan dalaman negara itu.

Bantahan berhubung masalah ekonomi berlaku di bandar raya Mashhad pada 28 Disember lalu dan merebak pantas ke seluruh negara, menentang rejim itu secara keseluruhan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast