KUALA LUMPUR – Mayat seorang pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan sebahagian struktur bangunan sedang dalam pembinaan di Jalan Cochrane, di sini, semalam, berjaya dikeluarkan pada 5.23 pagi tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata kerja-kerja mengeluarkan mangsa mengambil tempoh masa yang lama kerana banyak serpihan batu struktur bangunan dan cerucuk besi yang membahayakan pasukan bomba.

Semalam, struktur bangunan dalam pembinaan di Jalan Cochrane, di sini runtuh pada 5.30 petang semalam, yang mengakibatkan mangsa berusia 20-an terkorban ketika sedang melakukan kerja pembinaan di tingkat tiga sebelum struktur bangunan itu runtuh.

Tenaga Nasional Berhad dalam kenyataan mengesahkan sebahagian kecil lantai bangunan Pencawang Masuk Utama (PMU) MRT Cochrane miliknya runtuh.- BERNAMA

Bangunan runtuh dekat MyTown, seorang dipercayai maut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast