Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd. Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menggelarkan Barisan Nasional (BN) seperti kain buruk yang digunakan untuk mengelap kaki ketika basah oleh DAP disifatkan sebagai menonjolkan akhlak buruk.

Setiausaha eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang pemimpin terhadap bekas rakan yang pernah bekerjasama.

“Kalau ia datang daripada pemimpin dan ahli bawahan mungkin masih boleh dimaafkan.

“Tetapi apabila datang daripada pemimpin utama bergelar ahli parlimen ia sangat hodoh dan jelik serta tidak berakhlak.

“Menghina parti lain yang pernah menjadi rakan kerjasama atas nama Islam dan Melayu sebagai “kain buruk pengelap kaki” adalah akhlak yang sangat buruk dari seorang yang dipanggil ustaz,” kata Mohd. Khairuddin.

Serentak itu beliau menggesa supaya Ahmad Fadhli bertaubat kerana melemparkan hinaan bukan akhlak seorang muslim apatah lagi akhlak seorang yang mengaku pejuang Islam.

Mohd. Khairuddin mempersoalkan keuntungan yang mahu diperolehi Ahmad Fadhli daripada kenyataan yang dikeluarkan beliau.

“Berpolitiklah. Tetapi berpolitiklah dengan akhlak Islam kerana anda mendakwa pejuang politik dan dakwah Islam!

“Saya menyeru ustaz ahli parlimen ini untuk bertaubat kepada Allah kerana Allah menyeru kepada taubat daripada menghina dan merendahkan sesama muslim.

“Dan memohon maaf atas penggunaan kata-kata bidalan yang hodoh ini agar tidak menjadi ikutan kepada anak-anak muda yang dipimpin oleh beliau. Jangan malu untuk bertaubat dan memohon maaf,” kata bekas setiausaha Majlis Syura Ulama Pas tersebut.

Ahmad Fadhli sebelum ini mendakwa DAP melayan Barisan Nasional (BN) seperti kain buruk yang digunakan untuk mengelap kaki ketika basah.

Beliau menggambarkan situasi BN sekarang yang berada bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan dengan kiasan seumpama itu selepas ada pemimpin DAP Tony Pua menggelar BN sebagai pakatan korup.

“Bagi pandangan DAP, BN adalah kain buruk yang diguna untuk lap kaki ketika basah. Ke bahasa saya kasar? Itu (cuma) kiasan.

“Kita tak bermusuhan dengan BN tetapi masalah UMNO adalah di peringkat atasan. Itu sebelum PRN. Maknanya kamu menunggu masa untuk dibuang,” kata Ahmad Fadhli.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyan Pilihanraya PN Selangor 2023 di Pusat Konvensyan Ideal pada 24 Jun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. PAS? kalau tak sebar fitnah dan menghina org, tu bukan namanya PAS..tu mmg ajaran Lebai Hadi, ustaz terompah makan gaji buta tu…celaka penunggang agama ni

  2. huh dasyat Ulamak UMNO ni…. nampak TERLAJAK ALIM.. ya ya nanti “BERTAUBAT” la MP PAS tu… hanya berkata UMNO menjadi kain pengelap kaki DAP agak-agak DAH TERPESONG AKIDAH tu. hehehehe ada video tau… masa tu Sang Khairuddin belum “DIANUGERAH ULAMAK” oleh ZAHID HAMIDI. Sang Khairuddin DAH TAUBAT la… boleh dinaiktaraf JADI MUFTI UMNO.. jangan Kau lari lesap selepas PRN 6 NEGERI ni tinggalkan JEMAAH JAHANAM tu dah…… income sekarang dah bertambah ke??

Comments are closed.