Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad

BENTONG – Inisiatif Felda 2.0 yang bakal dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Lurah Bilut pada 4 Feb depan akan menjadi titik mula perubahan wajah baharu bagi 317 kawasan tanah rancangan itu di negara ini.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, berbeza dengan tujuan asal penubuhan tanah rancangan itu kira-kira 60 tahun lalu yang hanya menumpukan terhadap aspek meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar, Inisiatif Felda 2.0 pula menumpukan pada usaha mewujudkan komuniti pintar dan mampan.

“Kerajaan mulakan Felda dahulu untuk pembangunan modal insan, sebab itu kita lihat cara peneroka dipilih terdiri daripada keluarga miskin dan tidak ada tanah supaya boleh membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Namun kali ini kita akan mengukuh dan membangunkan komuniti dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk anak-anak termasuk dalam bidang kesihatan, pendidikan dan teknologi yang setaraf dengan kemudahan di bandar.

“Selain itu menerusi Inisiatif Felda 2.0 ini, kita bukan sahaja akan melahirkan komuniti yang sihat dan berdaya tahan tetapi juga lestari dari segi ekonomi juga alam sekitar,”katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Keluarga Felda Lurah Bilut, di sini hari ini.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.