SPRM hakim
Logo SPRM

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk pengarah syarikat ditahan kerana mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran palsu berjumlah RM14,000 berkaitan kursus yang tidak dilaksanakan kepada sebuah perbadanan.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tuntutan dibuat di antara Oktober hingga Disember tahun lalu.

Ujarnya ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 30-an hingga 40-an itu ditahan semalam kira-kira jam 7 malam di pejabat SPRM Kuala Lumpur selepas diminta hadir untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun katanya, ketika-tiga suspek tidak direman dan telah dilepaskan dengan jaminan SPRM semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast