REJIM Zionis Israel terus menerus mencabul undang-undang antarabangsa apabila masih tidak berhenti mensasarkan serangan ganasnya ke atas penduduk tempatan dan bangunan awam Palestin di semenanjung Gaza. Selama berabad tahun dunia telah menyaksikan pelbagai serangan kejam rejim Zionis Israel ke atas penduduk awam Palestin terutamanya di semenanjung Gaza, yang telah memusnahkan banyak bangunan infrastruktur, perumahan awam, pejabat pentadbiran, bangunan media antarabangsa, hospital, masjid, tapak pertanian dan sebagainya.
Semakin ramai bilangan orang awam terkorban, termasuklah bayi, kanak-kanak dan warga tua yang tidak berdosa. Konflik peperangan Israel-Palestin yang terbaru baru-baru ini menyaksikan sekali lagi keganasan serangan tidak berperikemanusiaan regim Zionis Israel ke atas penduduk Gaza. Tindakbalas regim Israel pada 8 Oktober 2023 menyaksikan sekurang-kurangnya 434 rakyat Palestin telah terkorban yang mana lebih kurang 121 mangsa adalah kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa. Selain itu, serangan balas kejam tersebut menyaksikan berpuluh-puluh bangunan dan rumah telah dimusnahkan dan lebih daripada 2,000 rakyat Palestin tercedera termasuklah kana-kanak dan bayi. Tidak cukup dengan itu, regim Israel juga telah memotong bekalan air dan elektrik penduduk Gaza dan kekejaman ini adalah satu lagi pencabulan hak asasi ke atas rakyat Palestin.
Sebelum ini, dunia telah menyaksikan tindakan kejam dari pihak rejim Zionis Israel yang menggunakan senjata terlarang, seperti bom gas fosforus yang diledakkan di kawasan awam. Sebagai contoh, dalam konflik pada tahun 2008-2009 pihak rejim Zionis Israel telah menggunakan bom fosforus, yang juga merupakan pelanggaran hukum internasional yang jelas. Tindakan ini secara terangan telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan serius, mencabuli hak asasi manusia dan hak asasi agama. Sebelum ini, media Palestin juga telah melaporkan penggunaan bom gas
fosforus putih yang sangat berbahaya di berbagai wilayah, seperti Timur Al Senati, Khuzaa, Timur Khan Yunis, Al Atatra, Beit Lahiya, Lod, dan lain-lain. Penggunaan bom fosforus ini telah diharamkan oleh undang-undang antarabangsa dan merupakan tindakan yang melanggar hukum internasional.
Keganasan serangan regim Israel kali ini masih memaparkan modus operandi yang sama iaitu menyasarkan serangan tidak terfokus yang telah mengorbankan nyawa rakyat Palestin. Antara berita terbaru ialah seramai sembilan orang ahli keluarga penduduk Gaza bernama Za’aneen telah terkorban apabila rumah kediaman mereka di bom oleh regim Israel. Tindakan pengeboman orang awam sebegini adalah satu kesalah yang tidak boleh diterima.
Lumrah dalam peperangan akan berlakunya kematian dan kecederaan di kedua-dua pihak. Di pihak Israel, telah dikhabarkan lebih dari 400 orang telah terkorban dan hampir 2000 yang lain tercedera. Ini menunjukkan bahawa konflik peperangan Israel- Palestin kali ini adalah sangat serius dan jumlah kemusnahan dan jiwa yang terkorban dibimbangi akan terus meningkat. Konflik ini telah berlarutan selama 75 tahun akibat
penjajahan Israel ke atas negara Palestin, dan masih tidak kelihatan titik noktah selagi regim Israel meneruskan penjajahannya, merampas tanah dan kediaman rakyat Palestin, menodai kesucian Masjid al-Aqsa, dan menafikan pelbagai hak rakyat Palestin.
Oleh: Profesor Madya Dr. Mohd Rosmizi bin Abd Rahman
Pensyarah Program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan
Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

















aku baca berita Indonesia Israel sedang menghadapi kekalahan . tapi berita Malaysia Israel masih menceroboh . adakah Malaysia merasa. lemah terhadap musuh Islam ini .
Harap negara kita hantar bantahan kepada pihak US yg sedang menghantar bantuan ketenteraan kepada Israel.