KUALA LUMPUR – Keempat-empat Loji Ratawan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi sepenuhnya selepas gangguan bekalan akibat henti tugas sementara susulan pencemaran bau di Sungai Selangor.
Air Selangor berkata, bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna.
Sehingga jam 7 malam, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai 24.5%.
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, 12 Oktober 2023 (Khamis).

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas bagi kedua-dua insiden ini berjalan lancar. – MalaysiaGazette
















