Foto Wardina Safiyyah OfficialPage.

KUALA LUMPUR – Tindakan pengacara popular dan usahawan, Neelofa mempromosi produk kesihatan untuk kanak-kanak dan bayi di Instagram miliknya baru-baru ini mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Ini kerana mereka berpendapat pengambilan suplemen bagi kanak-kanak tidak diperlukan kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Tidak ketinggalan, bekas pelakon Wardina Safiyyah turut meluahkan rasa terkilannya.

Jelas Wardina, promosi suplemen itu adalah merepek lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak dan bayi.

Jom baca teguran Wardina di Lama Rasmi Facebook miliknya.

“Saya kena beritahu ini. Perkara ini tak beretika. Promosi produk kurangkan kedutan dan anjalkan kulit untuk kanak-kanak dan bayi?

“Pertama, kanak-kanak tak perlukan suplemen sebegini. Kedua, bayi? Tahukah betapa bahayanya suplemen ini kepada buah pinggang mereka? Ketiga, kanak-kanak 12 tahun ke atas ambil maksimum 4 tablet?

“Maknanya bagi kanak-kanak berumur 12 tahun mereka perlu ambil dos sama seperti usia 40 tahun?

“Seseorang perlu beritahu dia. Kalau saya ada contact number, saya dah beritahu. Tapi saya tiada. Tak semua benda yang boleh dijual, perlu dijual kepada semua orang.  

“Ini bukan sahaja untuk Neelofa tetapi kepada banyak lagi produk lain. Kenapa kita terlalu mudah percaya? 

Tak payah makan semua benda-benda merepek ni semua people! TAK PAYAH! Tak payah supplement ni semua… apa yang anda buat hanya membuatkan mereka kaya. Kita tak perlukan suplemen ini semua. Mungkin sebab awak ada duit, awak nak lebih dan lebih lagi,” tulisnya. – MalaysiaGazette

Foto Wardina Safiyyah OfficialPage.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast